KISAH CIKGU!
Kita sekolah. Kebanyakkan rakyat Malaysia pon pernah bersekolah. dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Orang yang mengajar kita tu dipanggil cikgu apabila di sekolah. Tipulah kan kalau kita tak pernah terasa hati or terkutuk cikgu tu. Kita manusia biasa, tak pernah lari dari kesilapan walaupun hanya sebesar zarah. Yups, aku mengaku aku pernah terasa hati and terkutuk cikgu. Orang muda, darah masih panas beb. Tapi bila dah habis sekolah ni aku still lagi termimpi-mimpi cikgu marah aku. Cikgu pernah menangis sampai tak masuk kelas seminggu pon ada jugak. Masa tu masing-masing gelabah sebab masa tu tahun SPM. takut tak berkat lah kan.
Momen yang tak dapat aku lupa bila ada seorang cikgu tu tengking aku depan orang ramai. Ramai orang cakap cikgu tu lembut and baik hati tapi bila time aku tetiba dia menengking. Siap menjeling lagi kott. Depan orang ramai takdelah aku menangis. Masih boleh kawal air mata lagi and hati tak payah cakap lah memang dah cuba memaki-maki. Sampai rumah terus menangis. HUAAAAAAAAARRRGGGGG! Lepas kejadian tu agak lama jugak la nak bersangka baik dengan cikgu tu tapi dah lama-lama aku oke jugak sebab pikir nak exam kan lagipon cikgu tu mengajar aku. Bila aku jumpa or ada dalam kelas dia aku terus senyap, cakap pon macam nak tak nak je. aku pon ada perasan cikgu tu cuba interact dengan aku tapi aku malas nak ungkit aku memang diam.
Masa hari ambil ujian haritu tetiba cikgu tu ajak aku duduk dengan dia. Agak takut jugaklah mana tahu tetiba dia menengking balik ke sebab result aku yang oke-oke sahaja. Tapi tak, cikgu tu usap kepala, cium, peluk and beri moral support. Perghhhhh! terharu kottt. Rupa-rupanya selama ni dia memang nak mintak maaf kat aku lama dah tapi dia takut sebab dia cakap muka aku serius sangat. Alahai cikgu, tu bukan serius tu namanya takut kena tengking lagi lah cikgu. Takpelah cikgu, kita sama-sama lupakan cerita tu. Saya pon dah tak sekolah situ lagi. Saya hanya mengharapkan doa cikgu untuk saya berjaya. TERIMA KASIH CIKGU!
last words; berjaya mana seorang yang berkerjaya itu tetap hasil didikan dari seorang guru.
sekian,
wasalam,
adios amigos.
No comments:
Post a Comment